.
Menurut budaya Hindu, thaali melambangkan ikatan kesatuan antara suami dan isteri. Sewaktu upacara perkahwinan, mempelai lelaki akan mengikat thaali ke leher pengantin wanita. Perempuan yang sudah berkahwin berhak untuk memakai thaali sepanjang hidup mereka kerana diyakini bahawa ia akan meningkatkan kesejahteraan suami dan keluarga dan tidak boleh dipaparkan di depan umum. Hal ini juga dianggap bahawa thaali melindungi institusi perkahwinan dari segala kejahatan. Tiga simpul melambangkan tiga aspek yang berbeza pada seseorang wanita yang berkahwin. Simpulan pertama merupakan ketaatan pada suami, yang kedua untuk orang tuanya dan ketiga merupakan dirinya menghormati Tuhan.
Thaali terdiri daripada benang kuning dengan menggantungkan loket emas dan dipersiapkan dengan kunyit. Boleh dikatakan bahawa thaali setanding dengan cincin dalam perkahwinan orang Barat. Seorang wanita yang sudah berkahwin diharapkan untuk memakai thaali sehingga kematian suaminya. ‘Dharanam Mangalya’ atau ‘Kattu Thaali’ bermaksud mengikat mangalya atau thaali adalah upacara yang paling penting dalam sebuah perkahwinan masyarakat Hindu.
Menurut agama hindu terdapat lima tanda yang menunjukkan status perkahwinan.
Mangalasutra --- Thaali
Cincin jari kaki--- Metti
Kumkum---- Pottu merah terletak di dahi
Gelang--- Valaiyal
Tindik hidung--- Mukutti

(VIDEO )
No comments:
Post a Comment